Kursus Belia

Perhatian: Kursus belia dijalankan secara sepenuh masa sahaja


Syarat Permohonan: 

  • Berumur 16 - 35 tahun
  • Berminat
  • Tamat darjah enam



Pilihan Kursus:

1) Drywall Partition Installation - Pemasangan Dinding Sesekat


  



Pemasangan Dinding Sesekat atau pembahagian ruang untuk pejabat, kedai, dewan, rumah dan sebagainya. Kandungan kursus ini merangkumi pemasangan hiasan dinding, door art, wall paper, border lining, kaedah mengecat dan sebagainya mengikut kesesuaian tempat. 



Tempoh kursus: 2 bulan 



2) Fixed Ceiling Installation - Pemasangan Plaster siling 

  

Pemasangan plaster siling/siling kapur/siling plaster/siling bunga. Kandungan kursus ini merangkumi pemasangan kerangka dan siling satu tingkat, siling 2 tingkat, hiasan siling seperti cornice, center panel, kaedah mengecat dan sebagainya mengikut kesesuaian tempat. 


Tempoh kursus: 3 bulan 

  • Penginapan (Asrama)
  • Modul pembelajaran
  • Bengkel & Kelas
  • Elaun Kehadiran
  • Pakaian kursus & kasut keselamatan
  • Kad Hijau Tapak Bina (Green Card) - Insuran Takaful Berkelompok

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun (tertakluk kepada kuota CIDB) 

Berminat? Sila isi borang permohonan atau hubungi: 

Kemudahan diberi: 


Cikgu Najib: 017-5943100 


Semasa mendaftar sila sertakan:
  • Gambar saiz kad pengenalan berwarna (2 keping) 
  • Salinan kad pengenalan pemohon (1 keping)
  • Salinan kad pengenalan waris (1 keping)
  • Deposit asrama (RM50) - wang akan dipulangkan setelah tamat kursus jika tiada sebarang kerosakan di asrama.
  • Yuran ujian air kencing (RM30) - jika ujian air kencing dibuat di Abm (peserta boleh juga buat ujian di klinik luar sebelum mendaftar kursus).
Gambar-gambar peserta kursus Drywall/Fix Ceiling :